Antara Dosa, Trash Collector & Tentera

First time tengok Wayward Cloud dgn Aku Tak Insaf (ATI), aku rasa agak berdosa. 


Rasa berdosa macam tahap kita akan nak palingkan muka jauh2 dari screen, kerut2 dahi, sambil mulut kumat kamit. Kejap2 "ishhh".. kejap2 "weeihhhh".. kejap "astagaaa"... Kononnya lah! Tapi, lepas tu okay pulak. It's like korang naik kapal terbang,  takut pun, kapal terbang tu akan tetap berlepas, hopefully mendarat, then korang akan keluar mengahadap view yg baru. Ataupun macam first time naik bus, LRT, teksi, or first time buat apa-apa pun. Macam tengok movie yg korang minat untuk kali kedua, you'll notice benda yg tak pernah notice sebelum ni. Proses pembukaan minda lah konon. 






Sedikit about me, I'm a freak yg kononnya everything aku buat, mesti akan fikir, benda ni patut letak category baik ke, buruk? Sin or not? Sometimes, selalu over fikir sampai erti sebenar benda tu dah hilang. Or jadi menyusahkan benda yang senang. ATI selalu cakap, "tak payahlah nak pura2 innocent". 


In a way, betul jugak. Why not just experience things, let it be n then just take whatever is positive from there? Takyah nak banyak pertikaikan benda ke tahap yg terlampau. 


I'm not sure direction sebenar blog ni, sama macam I'm not sure of the direction of my life. But, die die also must love. Aku sendiri tak pasti apa itu love. Maybe if kau sanggup basuh someone's taik untuk seumur hidup kau and enjoy it, that is love. Mungkin, cinta itu adalah sangat pelik, definisinya pun pelik, benda yg kau jatuh cinta tu pun pelik2. Macam ATI jatuh cinta dengan softcore porn yg 'creative'. 






Contohnya, apa yg reaksi korang bila tau someone tu trash collector? Mungkin tak sama dengan reaksi bila tau seseorang itu tentera, bukan? Namun hakikatnya, kedua2nya mempunyai persamaan yg agak melampau. Trash collector juga berjuang untuk mengharumkan negara. Sama seperti tentera, dengan menaiki truck besar, mereka merantau onak dan duri serta sanggup mengaharungi dugaan dan cabaran yang lain. 


Trash collector shift malam, lagi bagus. Tengok lah O FANTASMA kalau nak tau pasal life dorang. Their hopes, dreams and aspirations. (Untuk lelaki di luar sana, YA, ada juga trash collector wanita). Maybe you will find that they are just like you.



This movie's rating: Agak intense. Some scenes painful to digest, agak real. Takde sex scenes ala Hollywood, if that's what you're looking for. 


Seperti movie dan benda2 lain yg direcommend oleh kami, if you do decide to watch it, tolong pastikan anda lihat dengan mata dan hati yang terbuka. Ingat, terpulanglah pada korang mcm mana nak tafsir movie2 ni. Kami syorkan juga lihatlah beramai2, or at least lebih dari sorang supaya kurang rasa "WTF!" dan boleh bergelak ketawa dan tidak rasa bosan. Bawa juga bantal dan selimut, kerana mungkin tertidur ketika sedang menonton. 




No one can live without love! - O Fantasma


DiedieMustLove,
Aku Yg Berdosa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...